Menu
- Home
-
- myCareerX
- myGovernance
- myLOA
- CoBE & ABC Manual
- Whistleblowing
- Anti Bribery Management System
- Employee Grievance
- ECMS Library
- Employee Handbook
- KLCC Sports & Recreational Club
- Staff Offers
- Thoughtfull (AIA)
- AppCentre
- GEP Smart
- myApproval
- Travex
- myLearningX
- PETRONAS Leadership Centre
- PETRONAS Resource Centre
- GSRC Academy
- Finance Academy
- Media Gallery
- Subscriptions
KLCCP jangka kadar sewa pejabat terus meningkat tahun ini
KUALA LUMPUR 30 April – KLCCP Stapled Group menjangkakan kadar sewa bagi segmen pejabatnya akan meningkat tahun ini, disokong oleh usaha berterusan menaik taraf dan memodenkan aset miliknya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Salem Kailany berkata, kadar sewa terus menunjukkan peningkatan walaupun berdepan cabaran kos yang semakin tinggi dan ketidaktentuan ekonomi global.
“Kami menaik taraf aset supaya lebih moden dan sesuai dengan keperluan pasaran. Sehubungan itu, kami boleh mengenakan sewa lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu semalam, seperti laporan The Sun.
Beliau berkata, dari segi perbelanjaan, kumpulan tahun ini akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja naik taraf aset, yang juga sebahagian daripada bajet tahunan.
Tambahnya, pemegang saham juga turut yakin kerana kumpulan mempunyai penyewa yang kukuh dan stabil.
“Kebanyakan perjanjian sewa bagi segmen pejabat adalah dalam bentuk pajakan jangka panjang dengan struktur sewa ‘triple net’.
“Malah, sebahagian kos naik taraf juga ditanggung oleh penyewa,” ujarnya.
Selain itu, Mohd Salem berkata, kerja-kerja naik taraf untuk aset runcit juga sedang berjalan, antaranya penukaran eskalator yang telah siap dan kerja menaik taraf tandas.
Pengerusi kumpulan, Datuk Annies Md Ariff pula berkata, KLCCP terus mengekalkan kualiti tinggi aset-asetnya, dengan segmen pejabat mencatat kadar penghunian 100 peratus.
“Aset kami sangat berkualiti dan kami perlu pastikan tahap ini sentiasa dikekalkan,” jelasnya.
Bagi segmen runcit pula, kadar penghunian adalah 99 peratus dengan jumlah pengunjung melebihi 50 juta orang, sekali gus mencerminkan penglibatan pelanggan yang tinggi.
“Secara keseluruhan, kami optimis dengan prospek masa depan. Fokus kami kekal untuk melindungi dan mengukuhkan aset sedia ada,” katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, KLCCP mencatat prestasi cemerlang dengan pendapatan, keuntungan dan dividen tertinggi sejak penyenaraiannya.
Pendapatan kumpulan meningkat 5.7% kepada RM1.7 bilion, manakala keuntungan sebelum cukai mencecah RM1.2 bilion.
Seiring prestasi berkenaan, KLCCP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi iaitu 44.50 sen sesaham, meningkat 9.9% berbanding tahun sebelumnya. – DagangNews.com
Source: KLCCP jangka kadar sewa pejabat terus meningkat tahun ini | DagangNews – Berita Bisnes Anda








