Menu
- Home
-
- myCareerX
- myGovernance
- myLOA
- CoBE & ABC Manual
- Whistleblowing
- Anti Bribery Management System
- Employee Grievance
- ECMS Library
- Employee Handbook
- KLCC Sports & Recreational Club
- Staff Offers
- Thoughtfull (AIA)
- AppCentre
- GEP Smart
- myApproval
- Travex
- myLearningX
- PETRONAS Leadership Centre
- PETRONAS Resource Centre
- GSRC Academy
- Finance Academy
- Media Gallery
- Subscriptions
KLCCP Stapled Group catat untung besar RM931.29 juta
KUALA LUMPUR: KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM931.29 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 daripada RM782.66 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2022, didorong peningkatan keseluruhan nilai pasaran bagi hartanah pelaburan.
Perolehan meningkat kepada RM1.62 bilion daripada RM1.46 bilion bagi tempoh yang sama, disokong oleh daya tahan kekuatan portfolio kumpulan, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.
Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023, keuntungan bersih meningkat kepada RM384.59 juta daripada RM279.47 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2022 manakala perolehan menokok kepada RM442.63 juta daripada RM413.26 juta.
KLCCP Stapled mengisytiharkan pengagihan 14.40 sen bagi setiap sekuriti terikat untuk suku itu dan berjumlah 40.50 sen bagi setiap sekuriti terikat pada tahun kewangan 2023, yang tertinggi sejak penyenaraiannya.
Menurutnya, segmen runcit mencatatkan prestasi tertinggi setakat ini, dengan peningkatan perolehan sebanyak 9.3 peratus kepada RM137.1 juta daripada RM125.4 juta, dipacu oleh penghunian, pulangan kepada peruncit dan jumlah pengunjung yang lebih tinggi.
Segmen hotel mencatatkan pemulihan luar biasa, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.2 juta manakala perolehan berjumlah RM65.2 juta, didorong oleh peningkatan penghunian daripada ketibaan pelancong dan permintaan daripada acara pemasaran, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Bhd, Datuk Md Shah Mahmood, berkata momentum pertumbuhan kukuh kumpulan itu merentas semua segmen, ditambah dengan langkah strategik, membolehkan kumpulan itu meraih prestasi paling kukuh pada 2023, menandakan ulang tahunnya yang ke-10 sejak disenaraikan sebagai sekuriti terikat.
“Kami yakin peningkatan itu akan berterusan, khususnya dalam segmen runcit dan hotel.
“‘Strategi menumpukan pelanggan, serta pertumbuhan aktiviti pelancongan dan MICE akan meletakkan kami secara strategik untuk menggabungkan usaha di samping meningkatkan kelebihan daya saing kami ke arah kemampanan perniagaan masa depan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Mengenai prospek, syarikat itu optimis bahawa aliran pertumbuhan bagi 2024 akan kekal positif memandangkan kumpulan terus memanfaatkan aset ikonik dan pengaturan pajakan bersih tiga kali ganda dan berjangka panjang, disokong oleh kedudukan kukuh segmen runcit dan hospitaliti.
“Trajektori optimis ini akan terus disokong oleh permintaan pengguna berdaya tahan dan tekanan inflasi sederhana, yang diunjurkan bagi tahun ini,” jelasnya.
Sekuriti terikat diurus sendiri terbesar Malaysia itu merangkumi KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT).
Source: Am I allergic to penicillin, or experiencing its side effects? | The Star








